Published: May 21, 2013 3:22:07 PM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s Facebook Wall
Contributed by

[ Web Feed Details ]

  • Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Facebook
  • International
  • Location Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur, Malaysia About Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia. This is an Official Facebook of Royal Malaysia Police. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan...  more
    • 1640 views
    • Last updated November 4, 2011

[ Current Feed Tags ]

All Web Feed Tags

[ Recently Posted Web Feeds ]

  • Kongsi Resepi Masakan On Facebook Timeline Wall November 4, 2011 - 0 comments
  • Wanita Bertudung Seluruh Malaysia On Facebook Timeline Wall November 4, 2011 - 0 comments
  • Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia on Facebook November 4, 2011 - 0 comments
  • 壹電視財經台 On Facebook Timeline Wall November 4, 2011 - 0 comments
  • Weather Girls 呈獻給您最有趣的天氣預告 On Facebook Timeline Wall November 4, 2011 - 0 comments
  • Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Facebook | Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s Facebook Wall
  • Published: May 21, 2013 3:22:07 PM

    • May 21, 2013 4:22:07 PM
      PENGGUNAAN GARI BERTEPATAN SOP POLIS

      Kuala Lumpur, 21 Mei - Penggunaan gari merupakan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia ke atas semua tangkapan atau tahanan kecuali bagi pesalah juvana.

      Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata setiap tahanan akan sentiasa digari apabila dibawa keluar daripada lokap tempat tahanan atas sebab-sebab keselamatan dan Adam Adli Abdul Halim adalah tidak terkecuali dalam hal ini.

      Beliau mengulas berhubung gambar Adam Adli dalam keadaan bergari yang telah tersebar luas melalui media sosial.

      Adam Adli merupakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Dis lepas.

      Dia ditahan di kawasan Bangsar pada 18 Mei lalu. "Polis Kuala Lumpur menafikan gambar tersebut dirakam di Lokap Berpusat
      Kuala Lumpur Jinjang," kata Zakaria.

      Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara.- BERNAMA

    • May 21, 2013 4:12:38 PM
      AWASI E-MEL PENIPUAN GUNA IDENTITI RAKYAT MALAYSIA

      KUALA LUMPUR, 21 Mei - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimaklumkan akhir-akhir ini bahawa insiden 'e-mel penipuan Nigeria' yang dahulunya pernah diterima orang ramai kini semakin berleluasa.

      Ketua Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata namun kali ini e-mel penipuan berkenaan menggunakan nama rakyat Malaysia atau nama tokoh dari Malaysia.

      Beliau berkata modus operandi penipuan termasuklah menggunakan alamat e-mel palsu, menceritakan tentang sesuatu musibah, dan seterusnya merayu bantuan kewangan dan kemudiannya cara-cara mengkreditkan wang ke suatu akaun yang palsu.

      "Penipuan ini bukan sahaja menggunakan nama-nama orang Malaysia yang biasa didengar oleh penerima, tetapi juga nama-nama personaliti politik atau isteri mereka.

      "Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai e-mel seperti ini. Ini suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Penipuan ini menggunakan akaun e-mel dan alamat palsu. Jadi, jangan terpedaya," katanya.

      Orang ramai juga diperingatkan agar tidak memapar, memapar semula atau memajukan e-mel penipuan sebegini kerana tindakan itu boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -BERNAMA

    • May 21, 2013 12:51:48 PM
      GAMBAR ADAM ADLI DIGARI BUKAN DI LOKAP BERPUSAT KL:
      Kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan.


      Timeline Photos
      KENYATAAN MEDIA

    • May 21, 2013 12:48:33 PM
      SENAPANG BUATAN SENDIRI DIRAMPAS DARIPADA PENGUSAHA BENGKEL

      Muar, 21 Mei - Polis merampas selaras senapang angin dan empat lagi komponen senjata buatan sendiri itu hasil penahanan seorang
      lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Sungai Kelat, Sungai Balang di sini Selasa lepas.

      Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh cawangan narkotik kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut merampas 300 butir bebola besi dan 14 biji logam timah dipercayai untuk dijadikan peluru.

      "Berikutan itu polis menahan pengusaha bengkel berkenaan yang berusia 35 tahun untuk membantu siastan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini hari ini.

      Polis sebelum itu, katanya menyerbu ke premis berkenaan setelah menerima aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah, namun setelah pemeriksaan dilakukan polis gagal menemui dadah sebaliknya menjumpai senjata berkenaan.

      Katanya, siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut menjualkan senjata buatan sendiri itu dengan harga RM1,000 selaras kepada pelanggan yang menempahnya.

      Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan memiliki ganja.

      Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah ditikam tujuh kali oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Lama di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

      Mangsa Koh Ser Hup, 47, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital
      Pakar Sultanah Fatimah di sini kira-kira setengah jam kemudian.

      Menurut Shahdan, terdapat tujuh liang luka pada mayat si mati iaitu di bahagian leher, dada, tangan kiri, perut dan pinggang sebelah kiri dan mangsa dipercayai diserang di kawasan berdekatan dengan pusat penjaja dekat Jalan Hashim tidak jauh dari rumahnya.

      "Motif serangan dipercayai ada kaitan dengan dadah memandangkan dia merupakan penagih tegar," katanya sambil menyatakan si mati mempunyai enam rekod jenayah termasuk lima darinya adalah kesalahan di bawah Seksyen 12(a) Akta Dadah
      Berbahaya iatiu memiliki dadah dan barang curi sejak 1988 hingga 2001.

      Kes disiasat mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan dan sehubungan itu beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi ASP Jalal Abdul Rashid di talian 013-4574777 untuk membantu siasatan.
      -BERNAMA

    • May 21, 2013 11:13:30 AM
      TIGA LELAKI WARGANEGARA ASING DITAHAN KES BUNUH PENAGIH

      Sabak Bernam, 21 Mei - Seorang penagih mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga asing di kawasan paya bakau Bagan Sungai Besar di sini semalam.

      Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad memaklumkan polis hari ini menahan tiga lelaki warganegara asing dipercayai suspek kes bunuh itu dalam serbuan di sebuah perkampungan nelayan berhampiran lokasi kejadian.

      Ketiga-tiga lelaki itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah, ditahan secara berasingan kira-kira 12.30 tengah hari tadi. "Tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 27 tahun dan polis menemui 20 paket dadah jenis heroin pada suspek manakala tangkapan kedua pula membabitkan
      dua lelaki berumur 33 tahun dan menemui 28 paket berisi dadah jenis heroin daripada kedua-dua suspek," katanya.

      Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku apabila mangsa dipercayai pergi ke kawasan paya bakau berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah daripada kumpulan terbabit.

      "Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berumur 36 tahun dan menetap di Sungai Lias dikatakan pergi di kawasan itu dan berlaku pertengkaran dengan kumpulan warga asing terbabit sebelum mangsa diserang dengan lastik.

      "Mangsa dikatakan tidak puas hati dan kembali semula ke kawasan itu bersama rakannya sebelum berlaku pergaduhan yang mengakibatkan mangsa ditikam dan dipukul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

      Beliau berkata siasatan turut mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian kanan perut mangsa dan berlaku pendarahan di hidung mangsa.

      Noor Mushar berkata adik mangsa menerima panggilan memaklumkan abangnya dipukul kira-kira 7 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di kawasan lumpur hutan paya bakau itu.

      "Mangsa kemudian dibawa adiknya ke Hospital Sabak Bernam dan disahkan telah meninggal dunia," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

      Noor Mushar berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Menurutnya polis giat memburu dan menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan hutan paya bakau yang dihuni oleh kumpulan warganegara asing terbabit, yang menjadi pembekal dadah kepada penduduk tempatan dan berselindung di sebalik pekerjaan mereka sebagai nelayan.
      - BERNAMA

    • May 21, 2013 10:45:10 AM
      BUKIT AMAN, 21 MEI - Warga PDRM disaran agar sentiasa memastikan pengurusan harta pusaka mereka dikendalikan dengan sebaik-baiknya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan dalam agama.

      Ini kerana dalam bidang lapangan tugas yang serba mencabar pada masa sekarang, setiap pegawai dan anggota PDRM seharusnya mempunyai perancangan yang rapi untuk masa depan waris-waris mereka sekiranya berlaku kematian ke atas mereka.

      Atas sebab tersebut, satu taklimat ‘Kepentingan Pengurusan Dan Perancangan Harta Pusaka Secara Syariah’ telah diadakan di Dewan Theatrette Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini.

      Taklimat tersebut dikendalikan oleh Encik Ariffin Sabirin, Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman serta Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA Bukit Aman.

      Turut hadir, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota serta Pegawai Awam PDRM Bukit Aman.


      URUS DAN RANCANG HARTA PUSAKA SECARA SYARIAH
      BUKIT AMAN, 21 MEI - Warga PDRM disaran agar sentiasa memastikan pengurusan harta pusaka mereka dikendalikan dengan sebaik-baiknya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan dalam agama.

      Ini kerana dalam bidang lapangan tugas yang serba mencabar pada masa sekarang, setiap pegawai dan anggota PDRM seharusnya mempunyai perancangan yang rapi untuk masa depan waris-waris mereka sekiranya berlaku kematian ke atas mereka.

      Atas sebab tersebut, satu taklimat ‘Kepentingan Pengurusan Dan Perancangan Harta Pusaka Secara Syariah’ telah diadakan di Dewan Theatrette Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini.

      Taklimat tersebut dikendalikan oleh Encik Ariffin Sabirin, Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman serta Dato’ Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA Bukit Aman.

      Turut hadir, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota serta Pegawai Awam PDRM Bukit Aman.

    • May 21, 2013 10:26:15 AM
      23 KAKI JUDI DIBERKAS DI PREMIS TIDAK BERLESEN

      George Town, 21 Mei - Polis menahan 23 kaki judi termasuk dua
      wanita dalam serbuan di sebuah kedai makan di Tingkat Kenari, Sungai Ara di sini semalam.

      Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Md Zin berkata ketika serbuan pada pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 48 tahun sedang leka berjudi serta tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

      "Hasil risikan dan maklumat awam kita dapati pemilik premis itu berselindung di sebalik perniagaan makanan dan menganjurkan kegiatan perjudian haram kepada pelanggan mereka sejak beberapa bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

      Polis turut merampas pelbagai peralatan berjudi seperti dadu, cip pertaruhan pelbagai warna bernilai RM100 setiap satu dan wang tunai sebanyak RM1,032.

      Hatta berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- BERNAMA

    • May 21, 2013 9:56:21 AM
      KESAN ORANG HILANG:
      Sekiranya anda menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai NUR ANISAH BT RAZMAN, sila maklumkan kepada Ketua Polis Balai Cheroh SI RADZI B SAAD (019-9867101) Balai Polis Cheroh ( 09-3697 222), atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

      Beliau keluar dari rumah pada 12/05/2013 dan sehingga kini masih belum pulang. Butiran penuh adalah seperti berikut:

      Nama : Nur Anisah Bt Razman
      Jantina: Perempuan
      Agama: Islam
      Umur : 20 Tahun
      Tarikh Lahir: 04/12/1993
      Tinggi : 152 cm
      Berat : 45 kg


      Timeline Photos
      ORANG HILANG: Sekiranya anda menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai NUR ANISAH BT RAZMAN, sila maklumkan kepada Ketua Polis Balai Cheroh SI RADZI B SAAD (019-9867101) Balai Polis Cheroh ( 09-3697 222), atau mana-mana balai polis yang berhampiran. Beliau telah keluar dari rumah pada 12/05/2013 dan masih lagi tidak pulang. Butiran penuh adalah seperti berikut:

      Nama : Nur Anisah Bt Razman
      Jantina: Perempuan
      Agama: Islam
      Umur : 20 Tahun
      Tarikh Lahir: 04/12/1993
      No KPT: 931204-06-6240
      Tinggi : 152 cm
      Berat : 45 kg

    • May 21, 2013 9:35:11 AM
      TERIMA KASIH ISMAIL: Tanggal 17 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar secara rasminya telah menamatkan perkhidmatan beliau sekali gus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia yang mantap dan teguh sebagai barisan hadapan yang menjaga hal ehwal keselamatan dalam negeri.

      Majlis penyerahan tugas yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sehari sebelum beliau mengakhiri tugasnya dan menyerahkan kepada penggantinya seorang yang juga berkaliber, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

      Ismail ketika ditemui dalam nada sebak melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui pasukan keselamatan tersebut sejak 2011.

      "Saya telah menjalankan tanggungjawab saya selama memegang jawatan sebagai KPN sehingga mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam mengurangkan kadar jenayah. "Saya yakin pengganti saya iaitu Tan Sri Khalid mempunyai perancangati untuk 2013 dalam usaha mengekalkan keamanan negara dan menjaga kestabilan yang ada ketika ini," katanya

      Sumber: Utusan Malaysia


    • May 21, 2013 9:18:33 AM
      EMPAT LELAKI DIDAKWA HALANG TUGAS POLIS PADA HARI PENGUNDIAN PRU13

      Johor Bahru, 21 Mei - Empat lelaki mengaku tidak bersalah di
      Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas seorang anggota polis dan memecahkan cermin kereta milik seorang pemandu teksi pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

      Ng Yong Lin, 33, Sow Tian Min, 27, Kok You Chai, 45, dan S.Rajandran, 44, didakwa secara bersama-sama menghalang tugas Kpl Tenku Mohd Firdaus Tenku Ibrahim di Jalan Jelawat Batu 10, Kampung Poh Chee Ling, Skudai, di sini, pada kira-kira 9.15 malam, 5 Mei lepas.

      Mereka dituduh mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

      Keempat-empat mereka juga didakwa melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bahagian belakang dan cermin tepi kereta Proton Perdana V6 bernombor pendaftaran JJE 8151 milik Abdul Kadir Bahsar di tempat, tarikh dan waktu yang sama.

      Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

      Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Ab Jalil memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

      Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 6 Jun untuk sebutan semula kes.

      Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Chew Pong Him .- BERNAMA

    • May 21, 2013 9:15:43 AM
      POLIS P. PINANG SARAN WUJUD KOR KADET POLIS DI SEMUA SEKOLAH MENENGAH

      Bukit Mertajam, 21 Mei - Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi menyarankan agar semua sekolah menengah di negeri itu mewujudkan Kor Kadet Polis yang dilihat dapat mengurangkan masalah jenayah juvenil.

      Katanya setakat ini hanya 67 daripada 126 sekolah menengah di Pulau Pinang mempunyai pasukan itu sebagai kegiatan kokurikulum, membabitkan 3,094 anggota.

      "Saya minta pengarah pelajaran negeri supaya membuat permohonan untuk mengadakan Kor Kadet Polis di sekolah yang belum mempunyai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan ulang tahun Kor Kadet Polis ke-43
      Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

      Turut hadir Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Timbalan Ketua Polis negeri SAC Dato' Abdul Rahim Jaafar.

      Abdul Rahim berkata selain mengurangkan isu jenayah membabitkan pesalah juvenil, kewujudan Kor Kadet Polis di sekolah juga dapat meningkatkan disiplin dan keperibadian pelajar selain mendedahkan pelajar dengan tugas kepolisan.

      Katanya kes jenayah membabitkan pesalah juvenil di negeri itu menunjukkan penurunan 2.5 peratus iaitu daripada 636 kes pada 2011 kepada 620 kes tahun lepas.

      "Bagi Januari sehingga Mei tahun ini kita ada 161 kes, masih terkawal. Dari segi penglibatan pelajar dalam jenayah ini saya menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak dengan memantau pergerakan mereka.

      "Saya juga menyeru ahli kadet polis supaya memberi maklumat kepada pihak polis dalam membanteras jenayah termasuk dadah, kegiatan sosial dan perkara-perkara yang membimbangkan masyarakat," katanya.

      Sementara itu, Ahmad Tarmizi berkata pihaknya akan mewujudkan pasukan Kor Kadet Polis itu secara berperingkat mengikut keperluan setiap sekolah.

      Beliau berkata masalah kekurangan guru penasihat terlatih dalam tugas kepolisan menjadi kekangan untuk menubuhkan pasukan itu di setiap sekolah.

      "Tanpa guru penasihat kita tak boleh tubuhkan (Kor Kadet Polis) sebab kita nak kendalikan pasukan itu melibatkan penglibatan pelajar-pelajar. Jadi, kena ada kemahiran dalam kalangan guru-guru penasihat.

      "Kalau bahagian kokurikulum kita dapat melatih guru-guru daripada sekolah yang belum lagi menubuhkan pasukan ini, kita harap kita dapat secara berperingkat akan capai 126 sekolah menengah yang mempunyai pasukan ini," katanya.- BERNAMA

    • May 21, 2013 4:24:36 AM
      MASALAH KEWANGAN PUNCA JENAYAH

      Kuala Lumpur, 20 Mei- Masalah kewangan adalah antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah, termasuk mengambil jalan mudah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap.

      Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.

      Siasatan polis dalam kes pembunuh upahan ini termasuk membabitkan penggunaan senjata api, lazimnya akan mendapati suspek ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain mempunyai rekod jenayah lampau, katanya kepada Bernama, di sini.

      Menurut Mohd Bakri, pembunuh upahan akan terus wujud selagi ada pihak yang bersedia membayar upah dan kebiasaannya kes sedemikian bermotifkan dendam.

      Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar melihat sikap tamak menyebabkan seseorang individu atau kumpulan berani melakukan jenayah menggunakan senjata api. "Selalunya ahli kongsi gelap yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk musuhnya akan bertindak mengupah orang lain untuk membunuh musuhnya tanpa berperikemanusiaan.

      "Mereka ini (ahli kongsi gelap) akan melakukan jenayah terancang dengan mengetahui segala butiran mengenai musuhnya bagi memudahkan kerja (bunuh)," katanya kepada Bernama.

      Menurut Akhbar, penjenayah terbabit tahu hukuman yang menunggu mereka jika tertangkap dan disabitkan kesalahan, namun nafsu terhadap duit dan kemewahan mengatasi rasa takut dikenakan tindakan undang-undang. Beliau juga bersetuju selain mahu hidup mewah, dendam juga antara motif kes pembunuhan di negara ini termasuk menggunakan pembunuh upahan.-BERNAMA

    • May 21, 2013 4:08:39 AM
      CRIME ALERT: Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank) memaklumkan anda terlibat dengan kegiatan haram, memenangi ‘Lucky Draw’ dan sebagainya serta mengarahkan anda supaya memindahkan wang daripada akaun persendirian ke akaun yang tidak diketahui.

      Modus operandi yang sering digunakan:

      Kes pertama
      1. Mangsa terima panggilan telefon mengatakan telah menang ‘Lucky Draw’ bernilai jutaan dollar dari Syarikat Hong Kong /Macau (amaun ini sebagai tarikan kepada mangsa).
      2. Sindiket memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa ingin menuntut hadiah yang ditawarkan. Setelah bersetuju, mangsa dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket.
      3. Setelah wang di “bank-in”, suspek gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

      Kes kedua
      1. Mangsa menerima pangilan telefon dari seorang yang mengaku sebagai pegawai mahkamah/ Polis Bukit Aman memberitahu mangsa terlibat di dalam kegiatan haram seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah.
      2. Mangsa dikehendaki memindahkan semua wang yang ada di dalam akaun mangsa ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket bagi mengelakkan akaun mangsa disita oleh pihak berkuasa.

      Kes ketiga
      1. Mangsa menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank (Ambank, Public bank, Bank Islam,Hong Leong Bank) memberitahu mangsa tidak membayar penggunaan kad kredit yang melebihi had.
      2. Mangsa diarahkan menghubungi seseorang kononnya pegawai dari Bank Negara bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.
      3. Apabila dihubungi, mangsa telah diminta mendedahkan butir-butir akaun banknya.
      4. Akhirnya mangsa mendapati wangnya telah dikeluarkan secara e-banking.

      Kes keempat
      1. Mangsa terima panggilan dari seseorang menyatakan anak/saudara mangsa diculik.
      2. Mangsa dikehendaki membayar wang melalui pindahan wang ke nombor akaun pihak ketiga yang diberi oleh sindiket.
      3. Selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi anaknya dan dapati sebenarnya tiada sebarang penculikan berlaku.
      4. Sindiket menggunakan rakaman suara untuk mempengaruhi mangsa.


    • May 20, 2013 2:35:36 PM
      'SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA'

      Kuala Terengganu - Seorang jurujual bukan sahaja tidak sempat merasa ‘habuan’ hasil mencuri seutas rantai dan loket emas milik seorang guru muzik, malah dia juga terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan dan dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

      Tidak cukup dengan itu, Muhammad Azwan Zolkifli, 20, dari Puchong, Selangor, turut diperintahkan agar dikenakan tiga bulan penjara tambahan jika gagal menjelaskan denda.

      Muhammad Azwan mengaku bersalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

      Sumber: Sinar Harian


    • May 20, 2013 1:24:06 PM
      SUSPEK UTAMA KES BUNUH SURI RUMAH DITAHAN

      Kuala Lumpur, 20 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya yang enggan rujuk semula melalui penderaan di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong, Sabtu lepas.

      Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di kawasan perindustrian Sungai Besi.

      "Suspek ditahan pada pukul 1.15 pagi tadi ketika bersembunyi dalam stor rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

      Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

      Pada 18 Mei lepas, seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai didera kerana menolak hasrat suaminya untuk rujuk semula selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Febuari lepas. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian. - BERNAMA

    • May 20, 2013 1:19:45 PM
      KES KEHILANGAN 200 TELEFON BIMBIT, PENGAWAL KESELAMATAN PLKN DITAHAN BANTU SIASATAN

      Melaka, 20 Mei - Seorang pengawal keselamatan di sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Alor Gajah ditahan bagi membantu siasatan kehilangan lebih 200 unit telefon bimbit milik pelatih di kem itu, membabitkan kerugian kira-kira RM57,000.

      Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di rumahnya di Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 10 malam Sabtu lepas.

      Beliau berkata lelaki terbabit sebelum itu membuat laporan polis pada 14 Mei lepas berhubung kehilangan telefon bimbit tersebut yang disimpan dalam loker simpanan di kem berkenaan.

      "Polis bagaimanapun mencurigai tindakan dan laporan yang dilakukan lelaki berkenaan sebelum menahannya bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

      Katanya lelaki terbabit kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

      Kesemua telefon bimbit milik pelatih diserahkan kepada jurulatih kem berkenaan untuk disimpan dalam loker simpanan setiap Isnin sebelum diserahkan semula kepada pelatih pada Sabtu, katanya. - BERNAMA

    • May 20, 2013 1:08:05 PM
      JANIN MANUSIA DIJUMPAI DALAM MANGKUK TANDAS

      Kota Bharu, 20 Mei - Satu janin manusia dipercayai berusia 10 minggu ditemui dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Jalan Kebun Sultan di sini semalam.

      Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang pekerja lelaki asrama menemui janin seberat 10 gram dan sepanjang kira-kira lima sentimeter bersama sehelai seluar dalam.

      "Pekerja itu kemudian menghubungi majikannya sebelum majikan tersebut membuat laporan polis.

      Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran," katanya ketika dihubungi hari ini.

      Beliau berkata sehingga kini, suspek masih belum dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

      Asrama yang terletak di bangunan sebuah hotel itu mempunyai 10 bilik tidur, dua bilik air dan sebuah tandas, didiami pelajar perempuan yang menuntut di beberapa IPT berhampiran, katanya. - BERNAMA

    • May 20, 2013 12:56:14 PM
      EMPAT DIBURU BERKAITAN KES SAMUN DI KUALA TERENGGANU

      Kuala Terengganu, 20 Mei - Polis Terengganu sedang melancarkan gerakan memburu empat suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Bukit Chempaka, di sini awal pagi semalam.

      Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian yang berlaku pukul 4.45 pagi itu, empat penyamun bertopeng yang bersenjatakan pisau, kuku kambing dan pemotong besi telah melarikan sejumlah wang tunai, barang kemas, komputer riba serta telefon ketika sepasang suami isteri dan anak bongsu mereka sedang nyenyak tidur.

      Menurutnya penjenayah terbabit yang masuk ke dalam rumah selepas mengumpil pintu utama, turut mengikat pasangan suami isteri itu sebelum menggeledah rumah mereka. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM 20,000.

      Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.

    • May 20, 2013 12:14:21 PM
      TIDAK ADA CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

      Kuala Lumpur, 20 Mei - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang campur tangan politik untuk polis menguatkuasakan undang-undang sedia ada demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

      Beliau berkata kementeriannya bersetuju untuk tidak akan campur tangan dalam mana-mana tugas polis terutama dalam soal menguatkuasakan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada mereka.

      "Oleh yang demikian apa yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami tidak akan campur tangan, kami akan menyerahkan sepenuhnya penguatkuasaan undang-undang yang diperuntukkan dan akta-akta yang terdapat dalam bidang kuasa PDRM untuk mereka jalankan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Bukit Aman, di sini, hari ini.

      Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

      Ahmad Zahid juga berkata sebarang tindakan serta penguatkuasaan undang-undang oleh PDRM yang tidak bertentangan dengan akta-akta yang sedia ada tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

      "Kita boleh berbeza pendapat (politik) dan kami sentiasa meraikan perbezaan pendapat, tetapi dalam soal undang-undang negara seharusnya tidak ada perbezaan pendapat kerana undang-undang itu sendiri diputuskan oleh kita sebagai 'law makers' (pembuat undang-undang)," katanya.

      Dalam pada itu, KDN turut memberi penekanan kepada polis dalam menjalin kerjasama antara agensi penguatkuasaan tersebut dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terutama dalam menangani perubahan serta gelombang media sosial yang dilihat boleh menggugat kestabilan negara.

      Beliau berkata pihaknya sedia maklum dengan arus perubahan media sosial yang mungkin boleh memberikan pelbagai implikasi kepada keselamatan negara, oleh yang demikian persiapan awal dari sudut tindakan yang melibatkan dunia siber ini perlu dipertingkatkan oleh PDRM. - BERNAMA

    • May 20, 2013 11:45:27 AM
      TUJUH TERMASUK DUA WANITA DIDAKWA EDAR HEROIN

      Kuala Lumpur, 20 Mei - Tujuh individu termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 144.69 gram heroin di sebuah hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada 7 Mei lepas.

      Azizul Azril Abdul Aziz, 30, Nor Diannah Abd Samad, 35, Meor Shaiful Bahari Ramli, 36, Mohd Shamsuddin Shariff, 60, S.Shanmugan, 44, P.Yugenthiran, 31, dan Zurina Abd Rashid, 39, didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.45 malam.

      Semua tertuduh tidak bekerja kecuali Azizul Azril seorang pelayan kedai makan.

      Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

      Tiada sebarang pengakuan dicatat semasa pertuduhan terhadap mereka dibaca di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin, yang menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan kes.

      Mereka juga didakwa memiliki 14.5 gram methamphetamine dan 4.07 gram bahan disyaki cannabis pada tempat, masa dan tarikh yang sama.

      Bagi kesalahan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang masing-masing membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan sebatan, serta penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

      Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor E.Chandra manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

    • May 20, 2013 11:34:47 AM
      SAMUN PEJABAT POS, SEORANG LELAKI BERJAYA DITAHAN

      Melaka, 20 Mei - Seorang lelaki yang disyaki melakukan dua jenayah samun di Pejabat Pos Telok Mas di sini ditahan polis, awal pagi ini.

      Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Selinsing Melati, Semanggol, Perak pada 1.30 pagi.

      Beliau berkata tangkapan itu hasil maklumat unit siasatan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat empat jenayah samun melibatkan beberapa pejabat pos di Melaka dengan kerugian kira-kira RM22,000 sejak tahun lepas.

      "Lelaki terbabit juga dipercayai terlibat melakukan samun di Pejabat Pos di Semanggol pada Feb tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

      Katanya polis turut menjumpai sepucuk pistol tiruan dan beberapa barangan dipercayai digunakan dalam jenayah samun di rumah lelaki terbabit.

      Raja Shahrom berkata pihaknya percaya kejadian samun di Pejabat Pos Telok Mas dilakukan lebih daripada seorang individu dan usaha mengesan suspek lain kini sedang giat dijalankan.

      Pejabat pos berkenaan disamun sebanyak dua kali pada Jun tahun lepas dan Feb tahun ini dipercayai oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol. - BERNAMA

    • May 20, 2013 11:29:10 AM
      SINDIKET BOMOH WARGA CHINA TUMPAS

      Ipoh, 20 Mei - Sindiket 'bomoh' dari kalangan warga China yang dipercayai terlibat dalam 23 kes penipuan di negeri ini melibatkan kerugian RM1 juta tumpas.

      Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata mereka yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berumur antara 45 hingga 51 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Kulim, Kedah pada Jumaat lepas.

      "Dalam serbuan pada pukul 3.30 pagi itu polis merampas wang tunai dan barang kemas yang diserahkan mangsa kepada mereka antaranya wang tunai sebanyak RM3,270, enam utas gelang, 14 bentuk cincin dan dua rantai leher," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

      Beliau berkata sindiket itu yang bergiat aktif sejak tiga tahun lepas dipercayai menawarkan perkhidmatan membuang malang atau nasib buruk.

      Kes terbaru dilapor berlaku di Pekan Langkap, Hilir Perak pada 23 April lepas.

      Mohd Shukri berkata tiga daripada suspek baharu pertama kali masuk ke negara ini sementara yang lain memasuki lebih daripada sekali.

      Kesemua mereka direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

    • May 20, 2013 11:20:52 AM
      POLIS TUBUH PASUKAN PETUGAS BENDUNG JENAYAH BUNUH

      George Town, 20 Mei - Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan petugas bagi membendung kes bunuh yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

      Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pasukan itu akan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah dengan dibantu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

      Beliau berkata polis telah mendapat petunjuk baharu berdasarkan kepada beberapa kes dan turut mengenal pasti penjenayah yang terbabit.

      Beliau turut menggesa pihak penjenayah agar tidak memandang rendah terhadap keupayaan polis.

      "Jangan sesekali mencabar polis. Saya sebagai Ketua Polis Negeri akan mengambil tindakan tegas secepat mungkin.

      "Saya telah mengarahkan seluruh pegawai dan anggota polis beri penekanan dan saya akan bertindak sendiri memastikan tidak ada lagi kes seperti mencederakan dan bunuh menggunakan senjata api," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

      Abdul Rahim berkata dari Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 12 kes bunuh dicatat di negeri ini dengan sembilan kes melibatkan penggunaan senjata api iaitu empat kes menembak mati dan lima kes mendatangkan kecederaan.

      Beliau berkata pihak polis turut membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas terutama di bahagian tanah besar.

      "Setakat ini kita mempunyai 46 buah CCTV. Kalau kita perhatikan, kawasan yang ada CCTV, jenayah berkurangan terutama di kawasan George Town yang kita ada lebih kurang 28 CCTV.

      "Tetapi di bahagian seberang didapati kurang CCTV. Saya sudah berbincang dengan kerajaan negeri untuk menambah CCTV di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan," katanya. - BERNAMA

    • May 20, 2013 11:12:02 AM
      TUJUH DICEKUP DALAM TEMPOH 24 JAM SELEPAS MENYAMUN

      Ipoh, 20 Mei - Seorang wanita warga China adalah antara tujuh individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Kampung Acheh, Sitiawan dekat Manjung pada 15 Mei lepas.

      Dua pucuk senjata api iaitu sepucuk pistol model Stayr Mannlicher Austria dan sepucuk revolver Ruger Speed-Six .38 Special serta 103 butir peluru .38 dan 27 butir peluru 9 mm turut dirampas daripada mereka.

      Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 hingga 38 tahun ditahan di sebuah hotel di Pantai Remis, Manjung dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

      "Kira-kira pukul 1.30 pagi, tiga lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol menyamun pemilik restoran yang berumur 49 tahun dan enam pelanggannya.

      "Suspek merampas wang tunai kira-kira RM20,000 dan pelbagai telefon bimbit selain melarikan sebuah kereta jenis Kia Sephia milik pemilik restoran itu.

      "Sebelum melarikan diri, seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah CCTV (kamera litar tertutup). Bagaimanapun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

      Mohd Shukri berkata ekoran tindakan pantas anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, serbuan kemudian dilakukan di hotel terbabit dan berjaya menahan tujuh suspek serta merampas barangan yang disamun.

      "Antaranya adalah wang tunai lebih kurang RM24,400, sembilan telefon bimbit, tiga jam tangan, dua kamera, barang kemas, dokumen peribadi mangsa dan dua kenderaan termasuk kereta pemilik restoran itu," katanya.

      Beliau berkata kumpulan itu turut dipercayai terlibat dalam dua kes pada 13 Mei lepas iaitu kes samun bersenjata di Bagan Serai dan kes tembak di Kuala Kurau.

      Sehubungan itu polis membuka tiga kertas siasatan melibatkan kesalahan melepaskan senjata api secara haram, memiliki senjata api secara haram dan memiliki peluru tanpa permit, katanya.

      Mohd Shukri berkata tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes ugut, tembak, bunuh, perintah tahanan dan dadah. Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok. - BERNAMA

    • May 20, 2013 10:59:14 AM
      BUKIT AMAN, 20 Mei – Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi melakukan lawatan kerja rasmi pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, petang tadi.

      Turut hadir adalah YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU).

      Delegasi KDN diiringi oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama timbalannya, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.


      LAWATAN KERJA PERTAMA MENTERI DALAM NEGERI
      BUKIT AMAN, 20 Mei – Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi melakukan lawatan kerja rasmi pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, petang tadi.

      Turut hadir adalah YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU).

      Delegasi KDN diiringi oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama timbalannya, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

    • May 20, 2013 8:52:04 AM
      DISKAUN SAMAN TRAFIK (PDRM) TIDAK BENAR

      Kewujudan page Diskaun Saman Trafik (PDRM) di Facebook bagi tujuan memberi diskaun kepada saman Polis Diraja Malaysia adalah TIDAK BENAR. Pihak polis tidak pernah mewujudkan khidmat sedemikian di Facebook. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan page berkenaan yang tersebar melalui blog mahupun perkongsian di dalam Facebook.


    • May 20, 2013 8:00:56 AM
      MAKMAL PROSES SYABU DIBONGKAR

      George Town, 20 Mei - Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket memproses dadah dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Itam, Balik Pulau minggu lepas.

      Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata rumah yang dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu itu terletak di dalam sebuah kebun dan diserbu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang pada 11 malam Selasa lepas.

      Dalam serbuan itu polis memberkas empat suspek berusia antara 26 dan 48 tahun iaitu tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, selain merampas 6.2 kilogram dadah jenis ecstacy, enam liter 'meth oil', 25 kg kafein dan 39 gram dadah jenis syabu serta bahan kimia dan peralatan memproses dadah.

      "Anggaran harga pasaran dadah yang dirampas ialah RM1.2 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

      Abdul Rahim berkata polis turut menyita tiga kenderaan, dua buah motosikal serta wang dalam akaun yang kesemuanya bernilai RM186,000.

      Katanya polis percaya makmal dadah berkenaan beroperasi sejak empat bulan lepas dan menghasilkan dadah untuk pasaran Pulau Pinang serta utara Semenanjung.

      Tiga lelaki yang diberkas itu mempunyai rekod jenayah dan kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

      Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis jika mengesan aktiviti mencurigakan atau bau tertentu yang menimbulkan kecurigaan di kawasan perumahan mereka. - BERNAMA

    • May 20, 2013 7:47:02 AM
      HIMPUNAN 505 DI T'GANU DIMINTA TUKAR TEMPAT DAN TARIKH

      Kuala Terengganu,20 Mei - Pihak polis meminta penganjur 'Himpunan 505' supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai pada Khamis ini.

      Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

      Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

      "Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.

      "Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

      Zamri berkata pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. - BERNAMA

    • May 20, 2013 5:38:54 AM
      TAHUKAH ANDA: TOPI PORTUGIS

      Topi ini merupakan salah satu kelengkapan tentera yang digunakan oleh pihak Portugis semasa memerintah Melaka. Topi ini merupakan salah satu bahan sejarah yang dipamerkan di Muzium PDRM.

      Luangkan masa anda untuk melawat Muzium PDRM yang terletak di No.5, Jalan Perdana, Kuala Lumpur (03-22724740, 5689, 5690) berdekatan dengan Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam.

      Dibuka setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma !!!


    • May 20, 2013 5:19:41 AM
      Penghargaan orang awam kepada pegawai dan anggota dari IPD Petaling Jaya.


      Timeline Photos
      PENGHARGAAN ORANG AWAM
      SHAH ALAM, 14 Januari – Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kejadian samun sebuah van keselamatan di Klang Utara yang berlaku semalam. Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan bin Abdullah berkata sesiapa yang melihat kejadian yang berlaku terutama semasa salah seorang suspek memukul cermin van keselamatan sila tampil kehadapan atau menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk bantu siasatan memandangkan lokasi kejadian adalah kawasan yang mempunyai orang ramai. ‘Sehingga kini tiada suspek yang ditahan dan pihak kami telah merakam percakapan beberapa individu yang terlibat dalam penghantaran wang tersebut antaranya pemandu van keselamatan, pegawai, kru dan Amguard’, katanya lagi. ‘Pihak kami sedang melakukan siasatan yang menyeluruh dalam kes ini memandangkan ini adalah kejadian kali kedua melibatkan van keselamatan syarikat yang sama’, tambahnya lagi. Sebelum ini, beberapa akhbar telah menyiarkan berita berkaitan sebuah van keselamatan telah disamun oleh empat lelaki di Jalan Kapar, Klang Utara dan telah melarikan wang tunai kira-kira 1.2 juta dan sepucuk pump gun milik salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas.

    • Yong Mei's Feeds